Koleksi tas tangan raya - Utusan Malaysia

Koleksi tas tangan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK lengkap rasanya penampilan wanita tanpa beg tangan dan kasut yang bersesuaian tatkala menyiapkan diri untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga.

Ini kerana beg tangan antara aksesori penting yang mampu memberikan penampilan sempurna kepada wanita, ditambah pula dengan padanan sepatu sebagai pelengkap gaya.

Untuk itu, sempena lebaran tahun ini, Carlo Rino tidak ketinggalan tampil dengan koleksi Aidilfitri apabila menyediakan beg tangan dan kasut yang merubah penampilan daripada biasa kepada anggun dan glamor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Memperkenal rona segar seperti merah, biru, merah jambu, hitam dan putih, ia memberikan pilihan kepada wanita memadankan mengikut warna busana yang digayakan.

Antara koleksi-koleksi yang pastinya menjadi idaman ramai ialah classy casuals, geometric glam, stylish sophisticates, simply sweet, pastel perfection, charming delights, modest sophisticates, modish confidence, timeless ritz dan modest elegance.

Dilihat bukan sahaja mudah untuk disuaipadankan, kesemua koleksi ini juga tampil ringkas dan berstruktur, di samping boleh digayakan dua dalam satu iaitu sama ada di sisi atau disilangkan.

Turut menampilkan rantai kunci yang boleh ditanggalkan kesemua koleksi ini juga ditampilkan dengan pelbagai saiz dan rekaan.

Ini kerana ada wanita menyukai beg berbentuk tote atau beg besar kerana dapat membawa pelbagai barang dalam satu masa, ada juga lebih menggemari beg comel yang mudah disandang atau kemas dipegang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini