SUDAH sebulan Pilihan Raya Umum Ke-14 berakhir, bagi Awang cukup-cukuplah berpolitik. Biarlah orang politik selesaikan masalah sesama sendiri atau pesaing mereka. Hari ini masuk Aidilfitri keempat, jenuh juga Awang layan makan ketupat dan rendang dengan ‘makanan politik’. Waktu nak jamah di rumah terbuka seorang rakan semalam, ‘senak’ perut Awang mendengar beberapa tetamu yang asyik ‘membawang’ burukkan si polan itu ini. Daripada 10, tak sampai pun tiga yang betul.Pengalaman dan sejarah…










