KUALA LUMPUR 19 Jun – Buruh dalam kalangan kanak-kanak menghadapi pelbagai masalah dari segi keselamatan dan kesihatan kerana terdedah dengan pelbagai elemen tidak sihat di tempat kerja. Seorang pegawai di salah sebuah ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai Manaf berkata, kanak-kanak yang bekerja di kawasan ladang kebiasaannya terpaksa mengikut kedua-dua ibu bapa mereka melakukan kerja-kerja mudah untuk mendapatkan upah. “Namun, ada juga dalam kalangan mereka yang berupaya membuat kerja-kerja berat…










