100 penduduk serta program kacau dodol - Utusan Malaysia

100 penduduk serta program kacau dodol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 9 Jun – Kira-kira 100 peserta dalam kalangan wakil masyarakat dan penduduk terlibat dalam satu program kacau dodol yang bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li berkata, meskipun program itu tidak melibatkan begitu ramai orang, namun impaknya amat besar secara keseluruhannya kepada masyarakat.

“Makanan tradisional (dodol) ini bukanlah sahaja diminati oleh orang Melayu, namun turut dikongsi oleh masyarakat Cina, India dan lain-lain dalam negara, secara langsung program ini boleh mengeratkan lagi hubungan pelbagai kaum di Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tentu program sebegini memberi manfaat besar kepada masyarakat dan seharusnya diperbanyakkan lagi program seumpama ini untuk kebaikan orang ramai supaya dapat berkongsi adat serta budaya masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Kacau Dodol Duyong di Rumah Tradisional Perkampungan Hang Tuah di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Jaringan Adat Budaya Anak Tempatan (JABAT), Datuk Seri Don Hussin.

Sementara itu, Don memberitahu, program anjuran JABAT dan Japerun Duyong itu dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti yang boleh merapatkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Program yang bermula pada pukul 10 malam ini hingga pukul 3 pagi nanti bakal menyaksikan orang ramai berinteraksi antara satu sama lain dengan aktiviti seperti karaoke lagu raya dan team building selain mengacau dodol,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini