Tiada perancangan potong gaji Exco - MB Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Tiada perancangan potong gaji Exco – MB Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan tidak ada perancangan untuk membuat pemotongan gaji sebanyak 10 peratus dalam kalangan barisan Exco seperti yang disyorkan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, ini kerana jumlah gaji barisan Exco Negeri Sembilan adalah diperingkat pertengahan berbanding negeri lain yang memperoleh gaji yang lebih tinggi.  

“Setakat ini saya pertahankan… sebab kena lihat Negeri Sembilan tidak seperti negeri lain yang mana gaji barisan Exconya lebih tinggi.

“Untuk negeri yang tinggi gajinya, mungkin syor ini adalah baik tetapi tidak di Negeri Sembilan,” katanya selepas mempengerusi Mesyuarat  Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Anwar sebelum ini mengesyorkan agar kerajaan negeri di bawah PH disaran mengambil langkah sama seperti kerajaan pusat yang memotong gaji anggota Jemaah Menteri sebanyak 10 peratus sebagai langkah mengelakkan amalan boros, bermegah dan protokol yang berlebihan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN