Pulau Batu Puteh: Singapura dimaklumkan Malaysia tidak teruskan prosiding - Utusan Malaysia

Pulau Batu Puteh: Singapura dimaklumkan Malaysia tidak teruskan prosiding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Mahkamah Keadilan Antarabangsa  (ICJ) telah memaklumkan kepada Singapura bahawa prosiding tidak diteruskan dalam dua kes dikemukakan Malaysia terhadap republik itu berhubung Penghakiman asal pada 2008 dalam kes membabitkan kedaulatan Pulau Batu Puteh, BatuanTengah dan Tubir Selatan, menurut Kementerian Luar Singapura.

Dalam kenyataan di sini hari ini, kementerian itu berkata bahawa Malaysia telah memaklumkan kepada ICJ pada 28 Mei 2018 bahawa ia tidak akan meneruskan prosiding yang dimulakannya sebelum ini.

“Singapura memaklumkan kepada ICJ pada 29 Mei 2018 bahawa ia bersetuju dengan permohonan Malaysia untuk tidak meneruskannya.

“Sebelum itu, Peguam Cara Malaysia telah menulis surat untuk memaklumkan kepada Peguam Negara Singapura berhubung hasrat Malaysia untuk tidak meneruskan prosiding itu dan Peguam Negara Singapura telah menjawab bagi memaklumkan akan persetujuan Singapura,” kata kementerian itu.

Kes pertama membabitkan permohonan Malaysia bagi semakan semula Penghakiman asal ICJ mengikut Perkara 61, Statut ICJ, yang difailkan pada 2 Februari 2017. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN