Polis ambil keterangan Najib hari ini - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan Najib hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis hari ini merakamkan keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemeriksaan dan serbuan polis di tiga unit kediaman di Pavilion Residences di sini pada 18 Mei lepas.

Kenderaan polis dipercayai dinaiki pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat keluar dari kediaman peribadi Najib di Langgak Duta pada pukul 1.40 petang setelah dua jam berada di kediaman itu hari ini.

Menurut sumber, proses mengambil keterangan itu sepatutnya dilakukan semalam namun terpaksa ditunda pada hari ini bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat Najib di Pekan, Pahang baru-baru ini mengenai serbuan dan rampasan barangan milik berharga di apartmen mewah yang terletak di Jalan Raja Chulan itu.

Semalam, polis mengambil keterangan anak perempuan Najib  berhubung tindakan polis merampas beberapa barangan miliknya susulan pemeriksaan di apartmen mewah itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN