Pereka fesyen Muslim terkenal Indonesia dipenjara 18 tahun - Utusan Malaysia

Pereka fesyen Muslim terkenal Indonesia dipenjara 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 30 Mei – Seorang pereka fesyen yang terkenal dengan koleksi bertemakan Islam, dijatuhi hukuman penjara sehingga 18 tahun hari ini, atas kesalahan penipuan jutaan dolar selain pengubahan wang haram.

Sebuah mahkamah berhampiran Jakarta menjatuhkan hukuman ke atas Anniesa Hasibuan, 31, dan suaminya kerana menipu pelanggan yang menempah perjalanan haji ke kota suci Islam, Mekah melalui satu agensi pelancongan yang dikendalikan mereka.

Pasangan berkenaan ditiduh melarikan diri daripada ribuan pelanggan dengan sekurang-kurangnya AS$60 juta (RM239 juta).

Pada 2016, koleksi Hasibuan telah diperagakan di Minggu Fesyen New York di mana kesemua modelnya memakai hijab dengan reka bentuk bertemakan Islam yang merupakan kali pertama untuk majlis berprestij itu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN