Penjawat awam Johor dapat RM1,000 bantuan Aidilfitri - Utusan Malaysia

Penjawat awam Johor dapat RM1,000 bantuan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor meluluskan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 sempena Aidilfitri kepada anggota penjawat awam, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan berkanun negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, kelulusan itu diputuskan pada mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor kali kedua hari ini.

“Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) kali kedua hari ini.

“Kita telah berbincang banyak perkara dan akan meneruskan beberapa kertas kerja terdahulu. Kita juga meluluskan beberapa perkara antaranya bayaran bantuan khas kewangan 2018 sebanyak RM1,000 sempena Aidilfitri yang akan dipanjangkan kepada PBT dan badan berkanun Negeri Johor,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Osman berkata, menerusi mesyuarat sama, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pakatan Harapan Johor (Exco) turut bersetuju supaya gaji mereka dipotong 10 peratus mengikut anggota kabinet seperti diputuskan kerajaan persekutuan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN