Kerajaan keluar laporan akhir pencarian MH370 Julai ini - Utusan Malaysia

Kerajaan keluar laporan akhir pencarian MH370 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan dijangka akan mengeluarkan laporan akhir berhubung operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Julai ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau telah mengarahkan pasukan siasatan bebas yang dianggotai tujuh negara untuk menyegerakan laporan akhir itu dengan segera.

Menurut beliau, kerajaan telah membelanjakan RM500 juta untuk menjalankan operasi pencarian sejak kes kehilangan pesawat itu pada 2014.

“Kita akan terlebih dahulu akan memberi taklimat kepada seluruh keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370 sebelum didedahkan kepada umum.

“Kerajaan komited untuk mengeluarkan laporan kepada orang ramai dalam masa terdekat dan terbuka kepada sebarang cadangan orang ramai untuk langkah susulan pencarian,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Sementara itu, Anthony turut memaklumkan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad telah mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa serta-merta.

Menurut beliau, Mohd. Isa telah menyerahkan surat tersebut pada dua hari lalu.

“Terdapat individu daripada lantikan politik kerajaan terdahulu dalam agensi-agensi kementerian telah mengemukakan surat peletakan jawatan, namun ada lagi masih berbuat demikian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN