Gejala sosial semakin berleluasa - Utusan Malaysia

Gejala sosial semakin berleluasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, HARI ini banyak terpapar di dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan iaitu masalah sosial dalam kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing.

Remaja generasi hari ini terpaksa berdepan dengan perkembangan kemajuan teknologi yang semakin pesat. Kita kini sering didedahkan dengan masalah kronik yang melanda dunia antaranya kes rogol, samun, ragut, zina, pembuangan bayi, pembunuhan dan lumba haram.

Batas pergaulan menurut perspektif Islam pula adalah berbeza dan lebih selamat. Islam adalah agama yang syumul dan universal. Demi menjaga kemaslahatan umatnya dari terjerumus kepada kebinasaan, Islam telah menggariskan syariat yang perlu diikuti. Ini semua terbukti dengan segala ajaran yang terkandung di dalamnya.

Punca pergaulan bebas dan seks bebas bermula daripada individu itu sendiri. Faktor kekeluargaan yang kurang baik mahupun faktor persekitaran.

Bagi remaja, setiap individu mempunyai perasaan ingin tahu yang amat mendalam. Ini kerana peringkat remaja adalah satu peringkat peralihan dari dunia kanak-kanak ke dunia dewasa.

Pengaruh media massa banyak menyumbang kepada gejala sosial ini dan memberi impak yang sangat besar kepada remaja untuk terjebak dengan seks bebas.

Antara batas-batas yang telah ditetapkan oleh syariat apabila wujudnya perhubungan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu dijaga dari segi pandangan mata untuk menjaga hati manusia supaya sentiasa terpelihara daripada bisikan syaitan.

Sesungguhnya awal kejadian hidup, keselamatan dan kebahagiaan yang hakiki adalah dengan mengikuti sunah Rasulullah SAW. Setiap perkara yang bertentangan dengan sunah adalah berpunca daripada nafsu. Marilah berusaha mengembalikan jiwa-jiwa yang tersasar untuk menghayati Islam dan nikmat iman dapat dirasakan oleh semua.

 

INSAN ANTIGEJALA SOSIAL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN