Elvina terkejut suami ditahan - Utusan Malaysia

Elvina terkejut suami ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Pelakon, Datin Elvina Mohamad terkejut saat diberitahu bahawa suaminya, Datuk Hanif Borhan ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan Forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom sebentar tadi.

Elvina, 23, seperti terpinga-pinga apabila menerima panggilan telefon Kosmo! yang mahu memintanya mengulas tentang penahanan tersebut.

“Suami saya kena tahan? Saya tidak tahu, saya di lokasi penggambaran.

“Maaf, saya akan hubungi anda semula,”katanya sebelum terus memutuskan talian. 

Pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 18 Mac lalu selepas setahun bercinta.

Suspek ditahan pada pukul 12 tengah hari tadi ketika hadir di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara untuk memberi keterangan di Menara 238 Jalan Tun Razak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN