Jokowi sedih rakyat jalani rawatan di luar negara - Utusan Malaysia

Jokowi sedih rakyat jalani rawatan di luar negara

JOKO Widodo - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengakui berasa sedih dan kecewa apabila terdapat rakyat Indonesia yang sanggup menjalani rawatan di luar negara.

Memetik laporan CNN Indonesia, Jokowi berkata, rakyat masih boleh memilih mendapatkan rawatan dalam negara memandangkan sistem kesihatan di sini juga mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.  

“Misalnya, penduduk di Kalimantan Barat terpaksa ke Kuching untuk mendapatkan rawatan.

“Saya berasa sedih apabila mendapat tahu ada rakyat yang sakit jalani rawatan di luar negara seperti Malaysia, Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat (AS),” katanya dalam sidang akhbar di wilayah Mempawah, Kalimantan Barat.

Sebelum ini, Jokowi pernah menyuarakan kebimbangan mengenai kecenderungan warga Indonesia mendapatkan rawatan di luar negara.

Katanya, setiap tahun, kira-kira dua juta warga Indonesia menjalani rawatan di luar negara.

Jelas beliau, tindakan itu juga menyebabkan banyak pertukaran mata wang asing keluar dari Indonesia.

Justeru, Jokowi menegaskan beliau berhasrat membina beberapa hospital bertaraf antarabangsa bagi memberi perkhidmatan rawatan terbaik kepada rakyatnya.

Ketika ini, sebuah hospital bertaraf antarabangsa sedang dibina di Bali dan Jokowi berharap agar ia dapat memberi perkhidmatan rawatan terbaik kepada rakyat Indonesia dan warga asing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.