Trump pecat ketua keselamatan siber AS akibat gangguan teknologi

Trump pecat ketua keselamatan siber AS akibat gangguan teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memecat Pengarah Keselamatan Siber Kebangsaan Rumah Putih, Sean Cairncross beberapa hari selepas beberapa gangguan teknologi menjejaskan sistem penerbangan, perbankan dan keselamatan negara AS.

Individu yang rapat dengan Rumah Putih mengesahkan pemecatan itu pada Khamis, lapor Reuters.

Cairncross bertanggungjawab menyelia dasar dan strategi keselamatan siber di seluruh agensi kerajaan persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Maklumat Jabatan Pertahanan, Kirsten Davies akan mengambil alih jawatan itu buat sementara waktu, menurut sumber berkenaan.

“Presiden menyokong sepenuhnya keputusan memecat Sean Cairncross daripada jawatannya,” kata individu itu yang enggan dikenali.

Cairncross bagaimanapun enggan mengulas mengenai pemecatan itu.

Beberapa gangguan berkaitan teknologi berlaku secara berulang sepanjang minggu lalu, termasuk penghentian sementara perkhidmatan penerbangan di seluruh negara, gangguan Microsoft yang menjejaskan perkhidmatan emel serta gangguan sementara terhadap rangkaian Agensi Keselamatan Negara (NSA) AS.

Pentadbiran Trump berdepan kritikan berhubung tindak balasnya terhadap siri gangguan itu.

Pegawai tertinggi perisikan AS pada Rabu berkata, gangguan terhadap sistem kritikal sepanjang minggu lalu berpunca daripada masalah perkhidmatan berasingan yang berkaitan dengan kerja penyelenggaraan dan perubahan teknikal, bukannya serangan terancang atau tajaan negara asing.

Cairncross sebelum ini merupakan eksekutif di Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (RNC) sebelum dilantik sebagai Pengarah Keselamatan Siber Kebangsaan.

Penggantinya perlu mendapat pengesahan Senat AS, yang akan dikuasai Parti Demokrat bermula Januari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini