IRGC dakwa sasar radar amaran awal AS di Bahrain

IRGC dakwa sasar radar amaran awal AS di Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa tenteranya menyasarkan sistem radar amaran awal milik Amerika Syarikat (AS) di Bahrain, menurut kenyataan yang disiarkan penyiar negara Iran pada Jumaat.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan segera daripada Manama atau Washington berhubung serangan terhadap Bahrain, yang sebelum ini menyaksikan pangkalan dan aset ketenteraan AS berulang kali menjadi sasaran sepanjang perang lapan bulan dengan Iran.

“Beberapa jam lalu, pejuang Pasukan Aeroangkasa IRGC menyasarkan dan memusnahkan radar amaran awal milik penceroboh AS di pulau Bahrain sebagai tindak balas terhadap pencerobohan udara musuh terhadap menara telekomunikasi di Sirik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan amaran keras kepada musuh yang menceroboh supaya menghentikan provokasi udara dan penyeludupan minyak di Selat Hormuz,” menurut kenyataan yang disiarkan penyiar negara itu menerusi Telegram.

Bulan lalu, Markas Pusat AS (CENTCOM) yang menyelia operasi ketenteraan Washington di rantau berkenaan berkata, pihaknya membantu negara Teluk mengeksport 1.5 bilion tong minyak sejak musim panas menerusi Selat Hormuz, laluan perdagangan tenaga utama dunia.

Negara-negara Teluk menerima kesan paling besar daripada tindak balas Teheran selepas AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu, sekali gus mencetuskan perang.

Sebagai tindak balas, Iran menyekat laluan perkapalan melalui Selat Hormuz dan melancarkan serangan terhadap pelbagai infrastruktur termasuk lapangan terbang, pelabuhan laut, kemudahan tenaga, mercu tanda serta aset ketenteraan AS di negara-negara sekutunya.

AS mengenakan sekatan terhadap pelabuhan Iran pada peringkat awal perang, manakala pada Ogos, Washington mengumumkan kempen yang disifatkannya sebagai ‘cekikan ekonomi’ terhadap Iran bagi menyekat aliran perdagangan dan kewangan negara itu.

Washington dilihat mengurangkan ancaman untuk melancarkan semula serangan selepas Parti Republikan pimpinan Presiden, Donald Trump mengalami kekalahan dalam pilihan raya pertengahan penggal baru-baru ini, sebahagiannya disebabkan perang terhadap Iran yang tidak popular dalam kalangan rakyat AS.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini