Pemandu kereta maut, langgar lori di bahu jalan - Utusan Malaysia

Pemandu kereta maut, langgar lori di bahu jalan

KEADAAN kereta remuk apabila pemandunya terbabas dan melanggar sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di KM 55 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, Tapah awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer (KM) 55 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur pada pukul 1.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu dari Temoh menghala ke Tapah melalui Jalan Ipoh – Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di KM 55, mangsa disyaki hilang kawalan dan melanggar bahagian tayar penggera utama sebuah lori yang diletakkan di kiri bahu jalan tidak berturap arah Tapah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, pemandu lori iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun tidak berada di lokasi kejadian kerana kenderaan tersebut diparkir berhampiran tempat kerja,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan sementara lori itu rosak pada tayar penggerak utama sebelah kanan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tapah oleh ambulans untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini