Anwar seru pengundi Melaka pilih calon PH - Utusan Malaysia

Anwar seru pengundi Melaka pilih calon PH

Bersatu PH
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri percaya rakyat Melaka mampu menilai pihak yang mengkhianati atau menjaga amanah rakyat, sekali gus menyeru untuk memberi kepercayaan kepada calon Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH menawarkan pendekatan politik khidmat kepada masyarakat dan menolak sebarang bentuk hasutan perkauman yang boleh menyemai kebencian sesama rakyat.

“Saya mengakhiri kunjungan ke Melaka semalam di Alor Gajah untuk memberi dukungan kepada calon-calon Harapan, Datuk Ginie Lim Siew Lin di Machap Jaya, saudara Khuzairie Kamal di Rembia dan saudara P Denesh di Asahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harapan menawarkan politik khidmat kepada masyarakat. Kita menolak hasutan perkauman yang menyemai kebencian sesama rakyat. 

“Sejak beberapa hari ini, terserlah wajah sebenar seruan penyatuan ummah yang digunakan untuk menunggang agama bagi mempertahankan pimpinan bobrok serta sistem usang yang telah merosakkan sendi-sendi negara,” katanya kepada kenyataan.

Katanya lagi, hari ini kerajaan terpaksa membayar puluhan bilion ringgit setiap tahun untuk menanggung beban skandal  1 Malaysia Development Berhad (1MDB) serta masalah di FELDA dan Tabung Haji.

“Harapan sedang berusaha keras untuk memulihkan negara. Kita juga memastikan sebanyak mungkin hasil negara dikembalikan kepada rakyat. 

“RM40 bilion setahun diperuntukkan untuk subsidi bahan api agar harga minyak kekal antara terendah di dunia, RM16 bilion untuk STR dan SARA, dan RM18 bilion untuk menaikkan gaji penjawat awam,” katanya. 

Berikutan itu, Perdana Menteri mengharapkan rakyat Melaka memberi mandat Sabtu ini dengan memberi kemenangan kepada calon PH.

“Saya percaya rakyat Melaka mampu menilai antara kaca dengan permata, antara yang mengkhianati amanah dengan yang menjaganya. Rakyat tahu siapa yang mahu berkuasa untuk mengkayakan diri dan siapa yang ikhlas berkhidmat untuk mereka.

“Sabtu ini, berilah kepercayaan kepada calon Harapan. Bersama-sama kita bina Melaka yang ditadbir dengan amanah dan maju untuk semua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini