Syria dakwa saluran paip di timur laut rosak akibat sabotaj

Syria dakwa saluran paip di timur laut rosak akibat sabotaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Syarikat Petroleum Syria memaklumkan sebuah saluran paip minyak di timur laut negara itu rosak dalam serangan sabotaj, insiden ketiga seumpamanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perang saudara selama bertahun-tahun sebelum kejatuhan pemerintah lama Bashar al-Assad pada akhir 2024 memusnahkan sektor minyak, gas dan elektrik Syria, menyebabkan negara itu sangat bergantung kepada import untuk memenuhi keperluannya.

Dalam satu kenyataan, Syarikat Petroleum Syria berkata, saluran paip berhampiran kawasan Tal Hamis di Gabenor Hasakah menjadi sasaran serangan sabotaj pada pukul 6 pagi Rabu, 7 Oktober (waktu tempatan), mengakibatkan saluran paip itu rosak.

Menurut syarikat itu, pasukan penyelenggaraan sedang berusaha untuk mengasingkan bahagian yang rosak serta memulakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

Syarikat berkenaan berkata, pihak berkuasa sudah menahan individu yang dipercayai terbabit dan menyerahkan mereka kepada pihak kehakiman.

Pada 29 September lalu, sabotaj yang menyasarkan saluran paip gas di timur Syria menyebabkan letupan, menurut agensi berita rasmi SANA.

Pada awal Oktober pula, letupan di sebuah saluran paip gas berhampiran ibu negara Damsyik menyebabkan tiga stesen janakuasa terpaksa dihentikan operasi.

Insiden berkenaan berlaku selepas demonstrasi pada bulan lalu susulan kenaikan harga bahan api, yang menurut pihak berkuasa berpunca daripada kenaikan harga akibat perang di Asia Barat.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini