RIYADH: Agensi Pertahanan Awam Arab Saudi pada Khamis berkata, seorang maut selepas serpihan dron Houthi dari Yemen yang dipintas terhempas di kawasan Taif, yang terletak di timur Mekah.
“Kejatuhan serpihan dron yang ditembak jatuh di kawasan Taif mengakibatkan seorang maut, dua cedera serta kerosakan harta benda pada beberapa bangunan termasuk kenderaan,” kata agensi itu dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial.
Ia menambah bahawa mangsa yang maut merupakan warga Yemen. – AFP










