Lima wartawan hilang ketika buat liputan letusan Gunung Anak Krakatau - Utusan Malaysia

Lima wartawan hilang ketika buat liputan letusan Gunung Anak Krakatau

LIMA wartawan hilang ketika dalam perjalanan membuat liputan letusan Gunung Anak Krakatau. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan Indonesia pada Selasa mencari tujuh orang, termasuk lima wartawan, yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan untuk membuat liputan mengenai letusan Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda, kata agensi penyelamat negara itu.

Kumpulan tersebut bertolak dengan sebuah bot laju dari kawasan berhampiran ibu negara Jakarta pada petang Isnin.

 Namun, sehingga kini mereka belum kembali dan pemilik bot tidak menerima sebarang maklumat daripada anak kapal, kata agensi berkenaan.

Lima wartawan Indonesia yang berada di dalam bot itu dihantar untuk merakam foto dan video letusan gunung berapi tersebut, yang sejak Sabtu telah melumpuhkan operasi beberapa lapangan terbang.

Abu itu turut menyelubungi Jakarta dan bandar-bandar berdekatan dengan abu gunung berapi.

Para wartawan itu bekerja untuk media tempatan dan antarabangsa, termasuk agensi berita milik kerajaan, Antara, agensi berita milik kerajaan Turkiye, Anadolu dan laman web tempatan, iNews.

Menurut agensi penyelamat, salah seorang wartawan menghubungi seorang rakan sekerja dan berkongsi lokasinya pada jam 3 petang waktu tempatan Isnin, tetapi tiada khabar daripadanya sejak itu.

Pasukan penyelamat, polis dan syarikat pemilik bot laju tersebut semuanya terlibat dalam operasi pencarian, tambah agensi itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×