Kapal terbakar selepas terkena objek di Selat Hormuz - Utusan Malaysia

Kapal terbakar selepas terkena objek di Selat Hormuz

GAMBAR fail dua buah kapal melalui Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Sebuah kapal terkena objek tidak dikenali di Selat Hormuz, mencetuskan kebakaran di yang kemudian berjaya dipadamkan, lapor agensi maritim Britain pada Selasa.

Kapal itu terkena objek berkenaan pada petang Isnin.

Namun, semua anak kapal selamat, menurut Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran itu telah dipadamkan dan kapal berkenaan sedang meneruskan pelayarannya,” “Tiada kesan terhadap alam sekitar atau penilaian kerosakan dilaporkan,” tambahnya.

Selat Hormuz kini menjadi tumpuan perang di Asia Barat antara Iran dan Amerika Syarikat (AS).

Kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak dan gas asli cecair dunia melalui laluan perkapalan strategik itu sebelum perang tercetus.

Namun, sejak konflik bermula, Teheran menyekat laluan kapal komersial dan melepaskan tembakan ke arah kapal yang didakwanya menyeberang tanpa kebenaran.

Washington bertindak balas dengan mengenakan sekatan laut balas terhadap pelabuhan Iran dalam usaha menghalang Teheran daripada mengeksport minyaknya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×