Hakim bersidang dari katil selepas pembedahan - Utusan Malaysia

Hakim bersidang dari katil selepas pembedahan

SEBUAH mahkamah di Britain. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tindakan seorang hakim yang bersidang dari katilnya dan berdepan kesukaran mengendali dokumen digital dalam bentuk format dokumen boleh alih (PDF) selepas menjalani pembedahan disifatkan sebagai tidak wajar, menurut keputusan Mahkamah Rayuan.

Richard Clayton KC sedang bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi apabila beliau mengendalikan kes rayuan membabitkan seorang pakar optometri yang digantung kerja menerusi pautan video.

Clayton dilaporkan baru sahaja menjalani pembedahan sehari sebelum itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjalani pembedahan  akibat masalah urat tumit yang koyak dan sedang bergelut de­ngan daya tahan fizikal serta stamina diri.

Meskipun dalam keada­an sedemikian, beliau meneruskan prosiding dan menolak rayuan yang di­kemukakan oleh pakar op­tometri berkenaan, Suleman Patel.

Patel sebelum ini didapati bersalah atas salah laku serius dan digantung perkhidmatan selama sembilan bulan.

Pakar itu kemudian mem­bawa kes itu ke Mah­kamah Rayuan dengan berhujah bahawa keputusan tersebut tidak adil. 

Semasa prosiding berlangsung, Clayton sendiri mengaku bahawa beliau berdepan kesukaran untuk menyemak senarai dokumen bernombor dan tidak mampu membuat catatan prosiding.

Beliau turut menyatakan rasa letih selain menyifatkan kes itu menguji staminanya.

Clayton turut memaklumkan bahawa beliau dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berdiri selama lapan hari selepas dibenarkan keluar dari hospital.

“Ia agak rumit tetapi bukanlah perkara yang mustahil untuk mengendalikan pendengaran ini sebahagian besarnya dari posisi tidak duduk,” kata hakim itu pada akhir prosiding. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×