17 askar maut selepas dua bas bertembung - Utusan Malaysia

17 askar maut selepas dua bas bertembung

GAMBAR fail sebuah bas di sempadan Niger dengan Nigeria. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABIDJAN: Sekurang-kurangnya 22 orang maut, termasuk 17 anggota tentera, selepas dua bas bertembung di selatan Niger, menurut Kementerian Pengangkutan negara Afrika Barat itu pada Sabtu.

Kemalangan yang membabitkan perlanggaran secara berdepan antara dua bas itu berlaku pada malam Jumaat, kira-kira 50 kilometer dari bandar Madaoua, menurut kenyataan kementerian berkenaan.

Seramai 37 orang lagi cedera dalam kemalangan itu, tambah kenyataan tersebut.

Pada awal Sabtu, agensi berita rasmi negara itu, ANP, melaporkan bahawa salah sebuah bas berkenaan membawa anggota tentera dan siasatan terhadap punca kemalangan telah dibuka.

Insiden terbaharu itu berlaku ketika pihak berkuasa sedang menjalankan kempen untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kemalangan jalan raya, yang kerap berlaku di jalan raya negara Sahel yang luas itu.

Pada 2025, Niger merekodkan lebih 7,000 kemalangan jalan raya yang mengorbankan lebih 1,200 orang dan menyebabkan lebih 4,400 mangsa mengalami kecederaan serius, menurut Agensi Keselamatan Jalan Raya Niger.

Pemanduan laju, memandu di bawah pengaruh alkohol dan  keadaan jalan raya serta kenderaan yang kurang baik kekal menjadi punca utama kemalangan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×