Samsung rekod keuntungan 1,813 peratus - Utusan Malaysia

Samsung rekod keuntungan 1,813 peratus

KEUNTUNGAN Samsung melonjak bagi tempoh April hingga Jun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Samsung dan pengeluar cip memori utama lain menyaksikan keuntungan melonjak sepanjang 2026.

Namun, harga saham mereka kekal tidak menentu apabila pelabur mempersoalkan sama ada ledakan kecerdasan buatan (AI)  telah berkembang terlalu jauh.

Pengeluar cip memori terbesar dunia itu merekodkan keuntungan operasi bagi tempoh April hingga Jun sebanyak 89.49 trilion won (RM253 bilion), meningkat 1,813.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut syarikat itu dalam satu pemfailan kawal selia.

Syarikat itu turut mencatatkan hasil sebanyak 171.49 trilion won (RM485 billion), meningkat 130 peratus berbanding setahun lalu.

Keuntungan bersihnya melonjak 1,299.9 peratus kepada 71.62 trilion won (RM203 bilion) berbanding tahun sebelumnya.

Agensi berita Yonhap melaporkan prestasi kewangan itu menepati jangkaan pasaran, berdasarkan data firma penyelidikan kewangannya.

Keputusan memberangsangkan itu dicapai walaupun pasaran saham Korea Selatan mengalami jualan besar-besaran pada Rabu apabila pelabur mula mengurangkan pegangan berkaitan AI kerana bimbang unjuran keuntungan yang tinggi mungkin tidak realistik.

Saham Samsung merosot lebih 12 peratus, manakala pesaing utamanya di Korea Selatan, SK hynix, menjunam hampir 20 peratus selepas susut 14 peratus sehari sebelumnya, sekali gus menyebabkan nilainya merosot hampir separuh daripada paras tertinggi yang dicatat bulan lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN