80 peratus stok minyak kecemasan sudah diguna - IEA - Utusan Malaysia

80 peratus stok minyak kecemasan sudah diguna – IEA

FATIH BIROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lebih 80 peratus daripada stok minyak kecemasan yang dijanjikan negara anggota Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Mac lalu sudah dikeluarkan, kata ketua agensi itu.

Menurut kenyataan Pengarah Eksekutif IEA, Fatih Birol, kira-kira 325 juta tong daripada daripada 400 juta tong setakat ini sudah dikeluarkan.

Menurut Birol, pasaran tenaga terus berdepan tekanan ketara susulan krisis di Selat Hormuz, khususnya dalam bekalan diesel.

Memuatkan artikel berkaitan…

Serangan Ukraine terhadap kilang penapisan minyak Russia turut meningkatkan tekanan terhadap pasaran diesel, menyebabkan bekalan sema­kin terhad dan harga meningkat, menurut kenyataan agensi itu.

Pada Mac lalu, IEA bersetuju mengeluarkan 400 juta tong minyak daripada rizab kecemasan bagi mengimbangi gangguan bekalan berkaitan perang di Asia Barat yang disifatkannya sebagai pengeluaran rizab mi­nyak terbesar secara bersepadu dalam sejarah agensi itu.

Pada Jumaat, negara-negara  Kumpulan Tujuh (G7) bersetuju mengeluarkan 100 juta tong minyak dan bahan api daripada rizab kecemasan melalui agensi itu dalam tempoh empat bulan.

Sebahagian besar diesel dijangka dikeluarkan dalam tempoh 20 hari pertama pelaksanaan langkah berkenaan, menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat pemimpin kum­pulan itu secara maya.

G7 turut bersetuju menye­la­raskan kerja penyelenggaraan kilang penapisan dan tidak mengenakan sekatan terhadap eksport tenaga antara negara anggota.

Pemimpin G7 juga meminta IEA memantau pelaksanaan langkah baharu itu dan mela­porkan kesannya dalam tempoh 20 hari

Harga diesel di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah men­cecah paras tertinggi da­lam beberapa minggu ke­belakangan ini.

Terdapat  larangan eksport yang dikenakan Russia, pengeluar utama minyak mentah.

Bagaimanapun, larangan itu yang dibuat sebagai tindak balas terhadap serangan Ukraine ke atas kemudahan bahan api, turut menyumbang kepada tekanan dalam pasaran global.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN