Korban gempa bumi Venezuela meningkat kepada 5,398 orang

Korban gempa bumi Venezuela meningkat kepada 5,398 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Jumlah kematian akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela bulan lalu meningkat kepada 5,398 orang, menurut angka terkini yang diumumkan pihak berkuasa pada Rabu.

Gempa bumi pada 24 Jun lalu yang masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 memusnahkan ratusan bangunan, terutama di negeri La Guaira di pesisir utara negara itu yang paling teruk terjejas.

Ketua badan perundangan Venezuela, Jorge Rodriguez berkata, dalam buletin harian angka korban meningkat kepada 5,398 orang, iaitu bertambah 52 berbanding sehari sebelumnya. Jumlah mangsa yang cedera kekal 16,740 orang.

Kerajaan Venezuela bagaimanapun belum mengumumkan jumlah individu yang masih hilang, namun beberapa organisasi tempatan dan antarabangsa menganggarkan ribuan lagi masih belum dapat dikesan.

Operasi mencari mangsa yang dipercayai masih tertimbus di bawah timbunan runtuhan diteruskan, namun usaha kini turut memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan pasca bencana serta pembinaan semula.

Presiden interim, Delcy Rodriguez, minggu ini berikrar untuk menyiapkan 4,000 unit rumah menjelang akhir tahun ini bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi, termasuk kira-kira 23,000 penduduk yang kini tidak mempunyai kediaman.

Beliau turut menetapkan sasaran membina 10,000 unit rumah untuk mangsa menjelang 2027.

Bagi membiayai usaha pembinaan semula, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengeluarkan kira-kira AS$346 juta (RM1.4 bilion) daripada rizab negara itu.

Dewan Perhimpunan Kebangsaan Venezuela yang mempunyai satu dewan turut meluluskan pindaan bagi mempercepatkan pembinaan kawasan perumahan susulan usaha pemulihan tersebut.

Sejak gempa bumi itu berlaku, sebanyak 1,405 gegaran susulan turut direkodkan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN