CARACAS: Dua kejadian gempa bumi kuat yang berlaku secara berturut-turut telah menggegarkan Venezuela pada petang Rabu mengakibatkan beberapa bangunan runtuh di ibu negara, Caracas. Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi pertama bermagnitud 7.1 dikesan berpusat di barat komuniti Morón yang terletak di sepanjang pantai Caribbean negara itu, kira-kira 168 kilometer (km) ke barat Caracas. Gempa tersebut dilaporkan berlaku pada kedalaman 13km. Hanya seminit kemudian, USGS melaporkan satu lagi…










