Cubaan serangan di laman Rumah Putih guna letupan digagalkan - Utusan Malaysia

Cubaan serangan di laman Rumah Putih guna letupan digagalkan

TRUMP berdiri di depan gelanggang segi lapan di Rumah Putih. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Anggota-anggota penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat (AS) telah menggagalkan satu potensi serangan terhadap acara Kejohanan Pertarungan Utama (UFC) di Rumah Putih yang dihadiri Presiden Donald Trump dan pegawai tertinggi lain, kata Pengarah Biro Penyiasatan Pusat (FBI), Kash Patel pada Selasa.

“Berkat tindakan pantas FBI ini, bersama rakan-rakan kami dan Jabatan Kehakiman dalam operasi merentas beberapa negeri, beberapa individu kini berada dalam tahanan dan rancangan serangan yang didakwa telah berjaya digagalkan sepenuhnya,” kata Patel menerusi platform X.

Serangan itu disyaki menggunakan dron yang membawa bahan letupan dengan lima orang kini berada dalam tahanan persekutuan.

Siasatan mengenal pasti 23 lagi individu yang  disyaki terlibat dalam serangan itu. Dokumen mahkamah dan taklimat menunjukkan bahawa perancang rancangan itu membincangkan untuk menyasarkan golongan elit kapitalis, bilionair serta beberapa ahli politik dalam komunikasi dalam talian mereka.

Acara tersebut turut menampilkan beberapa pertarungan berprofil tinggi di sebuah gelanggang segi lapan bersangkar yang dibina khas, sekali gus menjadi acara UFC profesional pertama yang diadakan di kawasan Rumah Putih.

Trump turut menghadiri acara itu.

Rancangan berperingkat itu didedahkan sebelum acara seni bela diri campuran berprofil tinggi tersebut yang berlangsung pada 14 Jun 2026, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-250 AS Bdan hari lahir  Trump yang ke-80.

Pihak berkuasa persekutuan menekankan bahawa langkah keselamatan anti-dron yang dipertingkatkan serta perkongsian risikan memainkan peranan penting dalam melindungi perhimpunan berprofil tinggi itu di Washington.

Penahanan tersebut berlaku ketika kebimbangan keselamatan yang lebih luas meningkat terhadap acara awam berskala besar sempena sambutan ulang tahun ke-250 AS. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN