Anak perempuan sulung Raja Thai meninggal dunia - Utusan Malaysia

Anak perempuan sulung Raja Thai meninggal dunia

GAMBAR fail Puteri Bajrakitiyabha Mahidol. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Puteri Bajrakitiyabha Mahidol, anak perempuan sulung raja negara itu, Raja Maha Vajiralongkorn telah mangkat pada usia 47 tahun, menurut pengumuman istana diraja pada Jumaat, lebih tiga tahun selepas beliau dimasukkan ke hospital akibat penyakit yang menyerang secara tiba-tiba.

Beliau mengalami jangkitan pada bahagian abdomen dan keadaannya terus merosot, menurut kenyataan Biro Rumah Tangga Diraja. Beliau menghembuskan nafas terakhir dengan aman pada petang Khamis.

Jasad beliau akan disemayamkan di Istana Besar di Bangkok dan upacara pengebumiannya akan diadakan dengan penuh penghormatan tertinggi mengikut tradisi diraja, tambah kenyataan itu.

Dikenali di Thailand sebagai “Puteri Bha’, anak tunggal daripada perkahwinan pertama Raja Maha Vajiralongkorn itu telah menerima rawatan di hospital sejak jatuh sakit secara tiba-tiba pada Disember 2022.

Biro Rumah Tangga Diraja berkata pada Mei bahawa keadaan kesihatan beliau semakin merosot dan beliau bergantung kepada alat perubatan bagi membantu fungsi paru-paru dan buah pinggang selain pengambilan ubat-ubatan.

Bajrakitiyabha merupakan anak tunggal Raja Vajiralongkorn daripada perkahwinan pertamanya dengan Puteri Soamsawali.

Mendapat latihan sebagai pendakwa raya dan diplomat. Puteri Bha menerima pendidikan di Britain, Thailand dan Amerika Syarikat (AS). Beliau memperoleh ijazah undang-undang daripada Universiti Cornell dan pernah berkhidmat sebagai duta Thailand ke Austria.

Semasa lawatan ke sekolah undang-undang di AS pada 2012, puteri itu menyatakan latar belakang kerjayanya kepada para hadirin di kampus: 

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menjadi pejuang hak wanita, termasuk memperjuangkan keadaan yang lebih baik untuk golongan wanita di penjara. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN