Colombia sambung sembur kimia toksik di ladang koka

Colombia sambung sembur kimia toksik di ladang koka

PEGAWAI polis membuat pemerhatian di kawasan penanaman koka di perbandaran Villagarzon di wilayah Putumayo, Colombia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Kerajaan Colombia kembali menyembur ladang tanaman daun koka dengan bahan kimia toksik menggunakan dron, selepas pertemuan dengan pemimpin Amerika Syarikat (AS) bagi meredakan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara.

Negara Amerika Selatan itu pada 2015 menghentikan semburan udara bahan kimia Glyphosate selepas dikaitkan dengan risiko kanser pada manusia.

Presiden AS, Donald Trump dan rakan sejawat berhaluan kiri, Gustavo Petro bertemu minggu lalu di Rumah Putih bagi meredakan ketegangan diplomatik yang memuncak sepanjang tahun lalu.

Kedua-duanya berikrar untuk menyambung semula kerjasama ketenteraan bersejarah antara Washington dan Bogotá, serta bekerjasama memerangi kumpulan gerila dan kartel dadah.

Kerajaan Petro pada Disember mengumumkan akan menyambung semula semburan tanaman dadah selepas menerima tekanan daripada pentadbiran Trump yang menuntut dasar anti-dadah lebih tegas di negara pengeluar kokain terbesar dunia itu.

“Colombia melancarkan penghapusan tanaman koka menggunakan dron. Teknologi ini boleh mengubah keadaan, mengurangkan penanaman koka, meningkatkan keselamatan di Colombia, mengurangkan dadah berbahaya sampai ke jalanan Amerika dan menyelamatkan lebih banyak nyawa,” jelas kenyataan misi diplomatik Washington di Bogota.

Kementerian Kehakiman Colombia membentangkan dasar baharu pembasmian tanaman daun Koka yang merupakan bahan utama dalam menghasilkan dadah jenis kokain pada Disember lalu. 

Ia menyatakan dron akan terbang kira-kira 1.5 meter di atas ladang koka dan melakukan semburan terkawal bagi mengelakkan bahan kimia itu menjejaskan komuniti sekitar.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN