AS kenakan sekatan ke atas Menteri Dalam Negeri Iran

AS kenakan sekatan ke atas Menteri Dalam Negeri Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan terhadap Menteri Dalam Negeri Iran, Eskandar Momeni dan beberapa pegawai lain, susulan tindakan tegas yang membawa maut terhadap protes anti-kerajaan di negara itu sejak beberapa minggu lalu.

“Eskandar menyelia Pasukan Penguatkuasaan Undang-undang (LEF) di Iran, entiti utama yang bertanggungjawab terhadap kematian ribuan penunjuk perasaan aman.

“AS, yang sudahpun mengenakan sekatan keras terhadap Iran, menyokong rakyat Iran dalam protes mereka menentang rejim korup dan menindas di Teheran,” menurut kenyataan Jabatan Perbendaharaan AS mengenai langkah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka yang disekat turut merangkumi beberapa pegawai kanan Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC), serta pelabur Iran, Babak Morteza Zanjani yang dituduh menyeleweng berbilion dana rakyat Iran.

Bagi kali pertama, Jabatan Perbendaharaan juga mengumumkan sekatan terhadap pertukaran mata wang digital berkaitan Morteza, yang memproses sejumlah besar dana pihak melibatkan IRGC.

Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis menamakan IRGC sebagai organisasi pengganas, dengan pengharaman visa dan pembekuan aset terhadap beberapa entiti dan pegawai kerajaan Iran.

Apabila seseorang individu atau entiti dikenakan sekatan AS, aset mereka yang berada di negara itu dibekukan.

Sekatan ini juga melarang syarikat dan warga AS berniaga dengan mereka, dengan risiko turut dikenakan sekatan  jika melanggarnya.

Pihak berkuasa Iran mengakui ribuan terbunuh semasa protes baru-baru ini, dengan jumlah melebihi 3,000 orang, tetapi mendakwa kebanyakannya adalah anggota keselamatan atau orang awam yang maut akibat rusuhan.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia memberi amaran angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi, dianggarkan dalam puluhan ribu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×