‘Venezuela tolak perdamaian hamba yang dicipta AS'

‘Venezuela tolak perdamaian hamba yang dicipta AS’

NICOLAS Maduro mengibarkan bendera Venezuela semasa perhimpunan di Caracas kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menyatakan negara ini tidak mahukan ‘perdamaian hamba’ susulan kehadiran ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang didakwanya ‘menguji’ ketahanan negara itu selama berbulan-bulan.

Ketegangan meningkat selepas Presiden AS, Donald Trump mengerahkan armada tentera laut besar-besaran di Caribbean, termasuk melancarkan serangan terhadap bot yang disyaki membawa dadah serta mengeluarkan amaran keras agar ruang udara Venezuela ditutup.

Trump juga memberi pilihan kepada Maduro untuk kekal berkuasa iaitu dengan meninggalkan Venezuela.

Dalam ucapannya, Maduro menegaskan Venezuela mahukan keamanan yang berdaulat dan bebas daripada campur tangan asing.

“Kami mahukan keamanan, tetapi keamanan dengan kedaulatan, kesaksamaan dan kebebasan.

“Kami tidak mahukan perdamaian hamba atau perdamaian jajahan,” katanya sambil mengecam tindakan Washington.

AS turut mengerahkan kapal pengangkut pesawat terbesar dunia dan beberapa kapal perang ke Amerika Latin, serta menuduh Maduro mengetuai sebuah kartel dadah yang dilabel sebagai kumpulan pengganas.

Dalam tempoh sejak September, serangan udara AS terhadap bot di Caribbean dan Pasifik timur mengorbankan sekurang-kurangnya 83 orang, tanpa bukti jelas sasaran tersebut adalah penyeludup dadah.

Kumpulan hak asasi antarabangsa membantah tindakan itu dan menyifatkan serangan tersebut sebagai melanggar undang-undang, sama ada mangsa adalah penyeludup dadah atau tidak.

Washington pula menegaskan operasi ketenteraan itu bertujuan mengekang penyeludupan dadah di rantau tersebut, tetapi Caracas mendakwa perubahan rejim adalah matlamat sebenar Amerika Syarikat.

Maduro mendakwa Venezuela telah menempuh ‘22 minggu pencerobohan psikologi’ yang disifatkannya cubaan menggugat kestabilan negara selain memuji rakyat Venezuela yang teguh mempertahankan tanah air sepanjang tekanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×