Trump pertimbang longgarkan sekatan terhadap ganja

Trump pertimbang longgarkan sekatan terhadap ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau sedang mempertimbangkan satu perintah eksekutif untuk mengklasifikasikan semula ganja sebagai dadah yang kurang berbahaya.

Keputusan tersebut berpotensi membentuk semula industri kanabis, mengurangkan hukuman jenayah serta membuka akses kepada pembiayaan penyelidikan bernilai berbilion dolar.

Perubahan itu akan menjadi antara anjakan dasar Persekutuan paling besar terhadap ganja dalam beberapa dekad, dengan pengawasan dikurangkan ke tahap ubat preskripsi biasa dan berkemungkinan membuka peluang yang sebelum ini tertutup kepada bank serta pelabur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sedang menelitinya dengan sangat serius. Ramai orang mahu melihat pengklasifikasian semula kerana ia membawa kepada jumlah penyelidikan yang besar yang tidak boleh dilakukan kecuali jika pengklasifikasian itu diubah,” kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengarahkan agensi kesihatan dan penguatkuasaan undang-undang persekutuan supaya mengklasifikasikan ganja sebagai dadah Jadual III.

Di bawah Akta Bahan Terkawal AS, ganja kini disenaraikan sebagai bahan Jadual I setaraf heroin, ekstasi dan peyote, yang menandakan potensi penyalahgunaan yang tinggi serta tiada kegunaan perubatan yang diterima pada masa ini.

Namun, pihak berkuasa tempatan sering mengenakan peraturan yang lebih longgar terhadap ganja, termasuk membenarkan penggunaan perubatan atau rekreasi.

Laporan awal Trump mungkin melonggarkan sekatan persekutuan ke atas dadah psikoaktif itu mendorong kenaikan saham syarikat berkaitan kanabis yang berpotensi meraih manfaat melalui pengeluaran lebih banyak produk ganja.

Menurut laporan Reuters, perubahan tersebut juga boleh membentuk semula industri dengan kemungkinan menurunkan cukai dan memudahkan akses kepada pembiayaan.

Dadah Jadual III merangkumi Tylenol yang dicampur kodin, ketamin dan testosteron.

Pembiayaan kekal sebagai antara cabaran terbesar bagi pengeluar kanabis memandangkan sekatan persekutuan menghalang kebanyakan bank dan pelabur institusi daripada terlibat dalam sektor itu, sekali gus memaksa pengeluar ganja bergantung kepada pinjaman mahal atau pemberi pinjaman alternatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×