Hanoi dilanda kabus beracun, penduduk mengadu sesak nafas

Hanoi dilanda kabus beracun, penduduk mengadu sesak nafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Kabus beracun menyelubungi ibu negara Vietnam selama lebih seminggu, menenggelamkan pemandangan bandar dan membuat penduduk sesak nafas.

Kualiti udara di Hanoi merosot sehingga mencatat paras antara yang paling buruk di dunia pada Khamis.

Bandar raya dengan sembilan juta penduduk itu berada di kedudukan kedua selepas New Delhi, India dalam senarai bandar paling tercemar oleh IQAir pada pagi Khamis, sebelum menunjukkan sedikit penurunan pada waktu petang.

Menurut syarikat pemantauan dari Switzerland itu, paras pencemar PM2.5 iaitu zarah halus penyebab kanser yang cukup kecil untuk memasuki aliran darah melalui paru-paru jauh lebih tinggi daripada had pendedahan harian yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Saya mengalami kesukaran untuk bernafas di jalan-jalan sejak beberapa hari ini,” kata penduduk, Dang Thuy kepada sambil menambah dia terpaksa membeli dua penapis udara baharu untuk apartmennya.

Pihak berkuasa Hanoi melalui satu arahan pentadbiran yang diumumkan pada Khamis menggesa orang ramai mengehadkan masa di luar rumah dan menyatakan sekolah boleh ditutup jika keadaan bertambah buruk.

Arahan itu turut mengarahkan pegawai bertindak tegas terhadap pembakaran sampah haram dan mengambil langkah mengawal penyebaran habuk di tapak pembinaan, termasuk menutup muatan lori serta menyembur air bagi mengelakkan zarah halus berterbangan.

Namun, wartawan AFP mendapati tapak-tapak pembinaan masih beroperasi seperti biasa, dengan lori keluar masuk tanpa penutup seperti yang diwajibkan.

“Pada asasnya pihak berkuasa hanya aktif di atas kertas. Tiada apa yang berhasil setakat ini dan udara yang amat toksik masih menyelubungi bandar kita,” kata Thuy.

Menurut WHO, sejumlah penyakit serius termasuk strok, penyakit jantung dan kanser paru-paru mempunyai kaitan dengan pendedahan kepada pencemaran udara.

Pakar berkata, pencemaran di Hanoi berpunca daripada pembinaan besar-besaran, serta pelepasan asap daripada sejumlah besar motosikal dan kereta yang memenuhi ibu negara setiap hari.

Pelepasan dari loji arang batu di utara dan pembakaran pertanian turut memburukkan keadaan.

Pihak berkuasa mengumumkan rancangan untuk mengharamkan motosikal berasaskan petrol memasuki kawasan pusat Hanoi pada waktu tertentu bermula Julai tahun depan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN