Kawasan beli-belah Britain dipenuhi gelandangan

Kawasan beli-belah Britain dipenuhi gelandangan

DERETAN khemah gelandangan yang memenuhi kawasan beli-belah Tottenham Court Road. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu daripada kawasan membeli-belah paling terkenal di Britain, Tottenham Court Road kini berubah wajah apabila deretan khemah didirikan oleh kumpulan gelandangan dan pendatang asing sehingga menyerupai perkampungan setinggan di tengah ibu kota London.

Rakaman oleh Daily Mail menunjukkan barisan khemah usang memenuhi laluan utama berhampiran University College Hospital, yang baru sahaja menjalani projek pembinaan semula bernilai lebih 200 juta pound.

Pemandangan itu disamakan dengan kem pelarian ‘Jungle’ di Calais, Perancis, apabila dua kawasan tanah persendirian di situ kini dipenuhi khemah yang kebanyakannya diletakkan di atas palet kayu bagi mengelak air hujan.

Penduduk di kawasan itu terdiri daripada pendatang dari pelbagai negara, terutamanya dari Asia Barat, Romania dan Bulgaria selain beberapa warga tempatan yang tiada tempat tinggal.

Kebanyakan mereka ialah lelaki, dengan sebilangan kecil wanita yang meminta sedekah di sepanjang jalan sibuk itu.

Beberapa khemah dilengkapi dengan peralatan memasak, meja dan kerusi, malah ada yang memiliki basikal penghantaran makanan berjenama Deliveroo, dipercayai milik seorang pendatang yang bekerja menghantar makanan sebelum tidur di situ setiap malam.

Antara penghuni yang ditemui ialah Cesar Rodriguez, 49, warga Colombia yang kini tinggal di khemah selepas kehilangan pekerjaan sebagai pencuci.

Katanya, kehidupannya sukar tetapi memilih untuk tinggal di kawasan itu kerana faktor keselamatan beramai-ramai.

“Saya sudah tinggal di Britain selama 25 tahun dan cintakan budaya di sini. Saya pernah bekerja sepanjang masa, tetapi selepas kehilangan kerja tahun lalu, saya tiada tempat lain untuk pergi,” katanya.

Seorang pekerja kedai berhampiran, Pauline Fox, 58, berkata dia berasa tidak selamat apabila melalui kawasan berkenaan setiap hari.

Jurucakap Majlis Camden dalam kenyataannya menegaskan keadaan tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan.

Katanya, pihak berkuasa kini bekerjasama dengan pemilik tanah dan agensi lain bagi membantu mereka yang tidur di jalanan mendapatkan penempatan sesuai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×