Ulas pembunuhan Charlie Kirk, rancangan Jimmy Kimmel digantung

Ulas pembunuhan Charlie Kirk, rancangan Jimmy Kimmel digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Rancangan bual bicara popular Jimmy Kimmel Live! digantung siaran oleh stesen televisyen ABC selepas hosnya, Jimmy Kimmel, mengeluarkan kenyataan berhubung pembunuhan aktivis konservatif, Charlie Kirk awal minggu ini.

Langkah itu dibuat hanya beberapa jam selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), Brendan Carr yang dilantik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran lesen penyiaran stesen televisyen boleh ditarik balik sekiranya tindakan tidak diambil terhadap Kimmel.

Jurucakap ABC dalam satu kenyataan memaklumkan rancangan tersebut akan digantikan dengan program lain untuk tempoh yang tidak ditentukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syarikat gergasi media, Nexstar Media dan Sinclair Broadcast Group yang memiliki puluhan stesen televisyen di seluruh AS turut menyatakan mereka tidak akan menyiarkan rancangan itu, malah Sinclair mengumumkan akan menayangkan siaran khas memperingati Kirk pada slot Kimmel, Jumaat ini.

Tindakan ABC itu disambut baik oleh Trump yang menyifatkan ia sebagai berita gembira untuk AS dan memuji stesen berkenaan kerana berani membuat keputusan tersebut.

Dalam monolognya Isnin lalu, Kimmel mengulas mengenai kes pembunuhan Kirk di Utah dengan menyatakan penyokong Trump berusaha memutarbelitkan naratif mengenai suspek, Tyler Robinson, yang kini berdepan tuduhan membunuh serta berkemungkinan dihukum mati.

Kimmel kemudian membidas Naib Presiden, JD Vance yang didakwanya cuba menuding jari kepada pihak kiri tanpa bukti.

Presiden bahagian penyiaran Nexstar, Andrew Alford, menegaskan kenyataan Kimmel itu tidak sensitif dan menyinggung ketika negara sedang bergelut dengan perpecahan politik.

Katanya, keputusan menggantung siaran dibuat demi kepentingan awam dan bagi menenangkan keadaan.

Setakat ini, Kimmel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penggantungan itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×