Trump isytihar Antifa organisasi pengganas 

Trump isytihar Antifa organisasi pengganas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan akan mengisytiharkan kumpulan anti-fasis (Antifa) yang merujuk kepada kumpulan-kumpulan haluan kiri radikal sebagai organisasi pengganas utama, langkah yang pernah diancam ketika penggal pertamanya.

Pengumuman ini dibuat susulan insiden tembakan maut terhadap aktivis konservatif, Charlie Kirk, di Utah baru-baru ini. 

Trump turut menggesa siasatan terhadap individu dan kumpulan yang didakwa membiayai kegiatan Antifa.

Walaupun penembak yang didakwa, Tyler Robinson berdepan tuduhan membunuh, Trump dan sekutunya mengaitkan kejadian itu dengan Antifa serta kumpulan kiri lain.

“Saya dengan sukacitanya memaklumkan kepada ramai Patriot USA saya menetapkan Antifa, satu kelompok kiri radikal yang sakit, berbahaya dan membawa malapetaka sebagai sebuah organisasi pengganas utama.

“Saya juga akan mengesyorkan dengan tegas agar mereka yang membiayai Antifa disiasat sepenuhnya mengikut piawaian dan amalan undang-undang tertinggi,” katanya di akaun Truth Social miliknya.

Peguam Negara AS, Pam Bondi, bersama penasihat dasar utama Trump, Stephen Miller, turut mencadangkan Indivisible, sebuah rangkaian aktivis progresif dan Open Society Foundations yang diasaskan oleh hartawan, George Soros mungkin mempunyai kaitan dengan ekstremisme ganas.

Bagaimanapun, pakar undang-undang menyuarakan kebimbangan terhadap kesahihan langkah Trump itu, memandangkan Antifa hanyalah sebuah gerakan longgar tanpa kepimpinan pusat atau keahlian rasmi.

Selain itu, AS juga tidak mempunyai undang-undang khusus yang membenarkan penetapan kumpulan domestik sebagai organisasi pengganas.

Organisasi hak sivil dan Parti Demokrat mengkritik tindakan pentadbiran Trump sebagai cubaan menekan pihak pembangkang serta menyekat kebebasan bersuara menjelang pilihan raya separuh penggal 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN