EU pertimbang sekatan penuh kemasukan pelancong Russia

EU pertimbang sekatan penuh kemasukan pelancong Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah dilaporkan sedang mempertimbangkan larangan sepenuhnya terhadap kemasukan pelancong Russia ke negara Kesatuan Eropah (EU) sebagai sebahagian daripada pakej sekatan ke-19 yang menyasarkan Moscow berhubung perang berterusan di Ukraine.

Jika diluluskan, langkah itu bakal menjadi sekatan perjalanan paling ketat terhadap rakyat Russia sejak konflik bermula dan memerlukan persetujuan sebulat suara daripada kesemua 27 negara anggota EU.

Cadangan tersebut dilaporkan digerakkan oleh Poland, Finland serta negara-negara Baltik yang sejak sekian lama menuntut kawalan lebih ketat terhadap pengunjung dari Russia, lapor TVP World.

Namun, negara yang mendapat manfaat besar daripada sektor pelancongan Russia seperti Itali, Sepanyol, Greece dan Perancis, selain Hungary yang lebih mesra Moscow, dijangka menentang larangan penuh itu.

Menurut sumber EU, Suruhanjaya sedang meneliti dua pilihan iaitu mengeluarkan garis panduan lebih longar menggesa negara anggota mengehadkan visa pelancong selepas peningkatan mendadak ketibaan pelancong Russia pada musim panas lalu.

Pilihan kedua pula adalah memasukkan larangan penuh pelancong Russia ke dalam pakej sekatan yang wajib dikuatkuasakan dari segi undang-undang tetapi lebih sukar dilaksanakan secara politik.

Data Suruhanjaya menunjukkan lebih 500,000 warga Russia menerima visa ke kawasan Schengen pada 2024, peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya walaupun perang masih berlanjutan.

Pakej sekatan ke-19 itu, yang pada awalnya dijangka diumumkan Rabu namun ditangguhkan, akan memperkukuh langkah terdahulu yang menyasarkan sektor perbankan Russia, eksport tenaga, serta individu yang mempunyai kaitan dengan Kremlin.

Secara berasingan, beberapa negara EU termasuk Republik Czech dan Latvia turut mendesak sekatan ke atas perjalanan diplomatik Russia dalam zon Schengen.

Ia dicadangkan berikutan kebimbangan keselamatan selepas beberapa ejen Russia yang beroperasi di bawah perlindungan diplomatik diusir dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×