Empat ditahan pancar imej Trump, Epstein di Istana Windsor

Empat ditahan pancar imej Trump, Epstein di Istana Windsor

IMEJ Donald Trump bersamaJeffrey Epstein dipapar menggunakan projektor di dinding Istana Windsor.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Empat individu ditahan polis Britain selepas gambar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersama pesalah seks terkenal, Jeffrey Epstein dipancarkan pada dinding Istana Windsor ketika beliau mengadakan lawatan ke Britain.

Trump tiba di Britain lewat malam semalam bagi menghadiri lawatan negara kali kedua yang dianggap luar biasa dan turut disambut oleh Raja Charles di Istana Windsor dengan istiadat penuh kemegahan.

Menurut laporan, kumpulan penunjuk perasaan terlebih dahulu mengibarkan kain rentang besar tertera gambar Trump dan Epstein berhampiran istana, sebelum memancarkan beberapa imej mereka pada satu menara istana bersejarah itu.

Sementara itu, Polis Britain dalam satu kenyataan memaklumkan empat orang suspek ditahan atas dakwaan komunikasi berunsur jahat susulan ‘unjuran tanpa kebenaran’ di Istana Windsor yang disifatkan sebagai satu aksi tunjuk perasaan dan kesemua mereka kini berada dalam tahanan.

Insiden tersebut berlaku sehari selepas ahli Kongres dari Parti Demokrat di Dewan Perwakilan AS mendedahkan sepucuk surat hari jadi ulang tahun yang didakwa ditulis oleh Trump kepada Epstein lebih 20 tahun lalu. 

Bagaimanapun, Rumah Putih menafikan ketulenan dokumen berkenaan.

Surat tersebut turut dipancarkan pada dinding istana bersama gambar mangsa Epstein, laporan berita serta dokumen polis. 

Pendedahan tersebut kembali mencetus perhatian terhadap isu lama yang dilihat sebagai beban politik kepada Trump menjelang pertemuan rasmi dengan Raja Charles.

Trump pernah berkawan rapat dengan Epstein sebelum beliau menjadi Presiden, namun hubungan itu berakhir beberapa tahun sebelum jutawan itu ditemui mati di penjara pada 2019.

Dalam surat berkenaan, Trump digambarkan menyapa Epstein sebagai ‘rakan’ serta menulis ucapan berbaur lucah berbentuk sketsa bayangan seorang wanita. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×