5,000 sertai demonstrasi bantah lawatan Trump ke Britain

5,000 sertai demonstrasi bantah lawatan Trump ke Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ribuan penunjuk perasaan membanjiri Parliament Square bagi membantah lawatan negara kedua Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Britain.

Perarakan anjuran Stop Trump Coalition, gabungan lebih 50 kesatuan dan badan amal bermula dari Portland Place menuju ke Whitehall sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan).

Antara slogan yang terpampang di sepanduk ialah ‘Katakan tidak kepada perkauman’, ‘Katakan tidak kepada Trump’ dan ‘Henti persenjataan Israel’.

Ada juga penunjuk perasaan membawa replika kecil belon gergasi ‘Trump Baby’ yang pernah mencuri tumpuan ketika bantahan pada 2019.

Polis Metropolitan menganggarkan sehingga 5,000 orang menyertai demonstrasi itu, manakala 1,600 anggota polis termasuk 500 dari luar London dikerah bagi mengawal keadaan.

Jurucakap penganjur berkata, kerajaan Britain tidak sepatutnya tunduk kepada Trump atau politik berasaskan perkauman.

“Kami mahu kalahkan politik ‘Trumpisme’ dan menggantinya dengan visi dunia berasaskan keamanan, keadilan sosial dan kerjasama antarabangsa,” katanya.

Antara tokoh yang berucap di pentas termasuk bekas Ahli Parlimen Parti Buruh, Jeremy Corbyn dan Zarah Sultana; pelawak, Nish Kumar serta pemimpin Parti Hijau, Zack Polanski.

Seorang aktivis iklim, Auriel Dowty Glanville berkata, beliau menentang lawatan itu kerana Trump menafikan perubahan iklim yang disifatkannya sebagai ancaman terbesar dunia.

“Jemputan lawatan kedua ini memalukan, ia semata-mata soal perjanjian perdagangan,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×