Kuarantin ala Covid-19 berikutan lonjakan kes Chikungunya di China

Kuarantin ala Covid-19 berikutan lonjakan kes Chikungunya di China

SEORANG pekerja melakukan semburan nyamuk di Dongguan, China. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa China mengenakan semula langkah kuarantin mirip ketika pandemik Covid-19 di beberapa kawasan, susulan peningkatan mendadak kes jangkitan virus Chikungunya yang kini menular di selatan negara itu.

Lebih 7,000 jangkitan berlaku di bandar Foshan, wilayah Guangdong, memaksa pihak kesihatan menempatkan pesakit di wad-wad khas yang dilitupi kelambu, bagi mengelak penyebaran virus yang dibawa nyamuk Aedes tersebut.

Pesakit dikehendaki menjalani kuarantin selama seminggu atau sehingga keputusan ujian mereka menunjukkan negatif, bergantung kepada mana yang lebih awal dengan setakat ini tiada kematian dilaporkan.

Sekurang-kurangnya 12 ban­dar lain di Guangdong turut me­re­kodkan kes jangkitan, dengan hampir 3,000 kes baharu di­la­por­kan dalam tempoh seminggu lalu, menjadikan jumlah ke­seluruhan melebihi 10,000 kes di seluruh negara.

Mereka yang mengalami demam, sakit sendi atau ruam diminta segera mendapatkan pemeriksaan di hospital bagi menjalani ujian saringan.

Pada peringkat awal, kerajaan turut mengarahkan pengembara dari Foshan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari, langkah serupa ketika penularan Covid-19 namun arahan tersebut telahpun ditarik balik.

Virus Chikungunya lazimnya disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes, spesies sama yang menjadi vektor denggi dan Zika meskipun jarang membawa maut, virus ini mampu menyebabkan gejala serius dan melemahkan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, wabak ini paling banyak dilaporkan di benua Asia, Afrika dan Amerika Selatan namun, kes turut meningkat di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sejak kebelakangan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×