11 ditikam ketika beli belah di Wallmart

11 ditikam ketika beli belah di Wallmart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRAVERSE CITY: Sekurang-kurangnya 11 orang cedera dalam insiden tikaman di sebuah pasar raya Walmart semalam, menurut pihak berkuasa tempatan.

Suspek berusia 42 tahun yang merupakan penduduk Michigan ditahan di lokasi kejadian di Traverse City, kira-kira 410 kilometer di barat laut Detroit.

Menurut Pusat Perubatan Munson, enam mangsa berada dalam keadaan kritikal manakala lima lagi dalam keadaan serius dan terpaksa menjalani pembedahan.

Seorang saksi, Julia Martell,30, memberitahu The New York Times, dia terdengar jeritan dan melihat seorang lelaki bersenjatakan pisau berlari di bahagian farmasi pasar raya tersebut.

Martell berkata, lelaki itu menolak dan menikam orang ramai ketika bergerak di dalam kedai. 

“Saya melihat sendiri tiga mangsa ditikam dan darah di merata-rata tempat. Insiden tikaman itu bermula berhampiran kawasan kaunter bayaran pasar raya.

“Kejadian sebegini tidak pernah berlaku di kawasan kami. Orang awam di dalam Walmart turut membantu menangkap suspek,” katanya.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan kehadiran puluhan unit polis dan ambulans di kawasan tempat letak kereta pasar raya berkenaan dengan orang ramai yang menangis ketakutan.

Menurut Sheriff Daerah Grand Traverse, Michael Shea, suspek menggunakan senjata berbentuk pisau lipat dan serangan itu dipercayai dilakukan secara rawak tanpa motif yang jelas.

Gabenor Michigan, Gretchen Whitmer turut menyatakan beliau sedang berhubung rapat dengan pihak penguat kuasa undang-undang berhubung kejadian berkenaan.

“Doa dan fikiran kami bersama mangsa serta komuniti yang sedang terkesan akibat tindakan keganasan yang kejam ini,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN