Sungai Seine dibuka semula kepada orang awam selepas 100 tahun

Sungai Seine dibuka semula kepada orang awam selepas 100 tahun

SEORANG perenang terjun ke dalam air di kawasan Grenelle di Sungai Seine berhampiran Menara Eiffel di Paris, Perancis.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penduduk Paris berpusu-pusu mengambil peluang untuk mandi di Sungai Seine sepanjang hujung minggu lalu selepas pihak berkuasa membuka semula kawasan bersejarah itu kepada orang awam buat kali pertama sejak 1923.

Sungai itu kembali dibuka hasil pembersihan besar-besaran yang digerakkan sempena penganjuran Sukan Olimpik Paris tahun lalu.

Tiga lokasi di sepanjang tebing Sungai Seine dalam bandar Paris kini dibuka kepada lebih 1,000 orang perenang setiap hari sehingga 31 Ogos, menurut kenyataan pegawai tempatan. 

Keputusan tersebut disambut penuh gembira oleh warga Paris dan pelancong yang bersemangat menjadi antara yang pertama merasai pengalaman tersebut. 

“Saya tidak pernah terbayang boleh berada di dalam air berhampiran Menara Eiffel,” kata Victoria Cnop, 24, warga Brazil yang menetap di Paris.

Seorang lagi pengunjung, Karine, 51, berkata, airnya bersih, suam dan jernih. 

Antara pelaburan besar yang dibuat di kawasan itu termasuk menyambung puluhan ribu rumah ke sistem pembetungan, menaik taraf kemudahan rawatan air kumbahan serta membina takungan air hujan bagi mengelakkan limpahan kumbahan ketika ribut melanda.

Walaupun beberapa sesi latihan dan acara triatlon lelaki pada awalnya tertangguh akibat kesan kesihatan daripada hujan lebat, pertandingan akhirnya dapat dijalankan di Sungai Seine, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan sungai itu untuk kegunaan awam.

Ujian kualiti air akan dijalankan setiap hari dan kaedah bendera hijau serta merah yang mirip sistem keselamatan pantai akan digunakan bagi memaklumkan sama ada kawasan mandi dibuka atau ditutup.

Selain tiga kawasan di dalam bandar Paris, sebanyak 14 lagi kawasan untuk mandi akan dibuka di luar sempadan ibu negara, termasuk di sepanjang Sungai Seine dan Sungai Marne manakala dua daripadanya sudah dibuka lebih awal pada bulan Jun lalu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN