Sandal Prada dikecam ciplak warisan budaya India

Sandal Prada dikecam ciplak warisan budaya India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Ketika Prada menampilkan beberapa pasang sandal coklat dengan cincin jari kaki yang unik dan jahitan rumit dalam pertunjukan fesyen lelaki di Milan bulan lalu, para pemerhati pantas menyedari persamaan rekaan tersebut dengan kasut tradisional dari warisan India berabad lamanya.

Rumah fesyen Itali terkenal itu memperkenalkan sandal tersebut sebagai ciptaan mewah baharu, namun ramai masyarakat di India melihatnya sebagai ‘capal Kolhapuri’ buatan tangan tradisional yang berasal dari abad ke-12 atau ke-13.

Menurut The Guardian, kegagalan awal Prada untuk mengiktiraf inspirasi di sebalik rekaan itu yang sebelum ini hanya digambarkan sebagai sandal kulit mencetuskan perdebatan hangat dan berterusan mengenai isu rampasan budaya.

Pengkritik menuduh Prada memadamkan warisan para artisan India, dengan ramai pengguna media sosial mengecamnya sebagai pencurian rekaan secara terang-terangan.

Dalam tempoh seminggu, Prada mengakui melalui surat kepada sebuah kumpulan perdagangan India yang sandal dalam koleksi musim bunga-panas lelaki 2026 itu sememangnya diinspirasikan daripada kasut tradisional India.

Dalam kenyataan kepada CNN, jenama itu berkata, pihaknya sentiasa meraikan kemahiran pertukangan, warisan dan rekaan.

Prada kemudiannya menambah pihaknya sudah bertemu dengan pengeluar kasut artisan di India untuk berbincang mengenai peluang kerjasama pada masa hadapan.

Kesediaan Prada untuk menangani kontroversi ini mencerminkan minat industri fesyen global yang semakin meningkat terhadap pengguna mewah India dan keengganan untuk menyinggung perasaan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN