Russia mulakan penerbangan komersial terus antara Moscow dan Pyongyang - Utusan Malaysia

Russia mulakan penerbangan komersial terus antara Moscow dan Pyongyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia memulakan laluan udara tetap antara Moscow dan Pyongyang pada Ahad sekaligus mencerminkan hubungan semakin erat antara kedua-dua negara.

Penerbangan sulung yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Russia, Nordwind, berlepas dari Lapangan Terbang Sheremetyevo di Moscow dengan membawa lebih 400 penumpang.

Menurut Kementerian Pengangkutan Rusia, penerbangan ini akan dilakukan sebulan sekali bagi memenuhi permintaan.

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov yang melawat resort pantai baharu Wonsan-Kalma di Korea Utara awal bulan ini dan bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berjanji akan menggalakkan pelancong Russia untuk melawat kompleks tersebut.

Resort berkenaan, yang mampu menampung hampir 20,000 pengunjung, menjadi tumpuan utama dalam usaha Kim untuk merangsang sektor pelancongan demi memulihkan ekonomi negaranya yang terjejas.

Korea Utara secara berperingkat mula melonggarkan sekatan yang dikenakan semasa pandemik dan sedang membuka semula sempadannya secara fasa. Namun, negara itu masih belum mengumumkan sama ada pelancongan antarabangsa akan disambung sepenuhnya.

Penerbangan tetap antara bandar pelabuhan timur Russia, Vladivostok dan Pyongyang telah disambung semula pada 2023 selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Russia dan Korea Utara memperluas hubungan ketenteraan dan kerjasama lain dengan ketara, termasuk Pyongyang yang didakwa membekalkan senjata dan tentera untuk menyokong tindakan ketenteraan Russia di Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN