Malaysia tolak Islamofobia, diskriminasi umat Islam global

Malaysia tolak Islamofobia, diskriminasi umat Islam global

ANWAR Ibrahim (dua, kanan) melihat cenderahati yang diterimanya selepas mengadakan pertemuan bersama komuniti Islam diketuai Imam Yahya Pallavicini (kanan) dan Abdellah Redouane (tiga dari kiri) di Rom, Itali, semalam. – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri menegaskan Malaysia dalam sebarang bentuk Islamofobia dan usaha mendiskriminasi umat Islam di peringkat global.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penegasan itu dinyatakan semasa pertemuan beliau bersama komuniti Islam di Itali, sempena hari kedua lawatan kerja rasmi ke negara berkenaan semalam.

Pertemuan itu berlangsung bersama Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS), Imam Yahya Pallavicini dan Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali–Masjid Besar Rom, Abdellah Redouane.

Menurutnya, perbincangan me­nyentuh pelbagai usaha memperkukuh pembangunan ummah termasuk keperluan menangani isu Islamofobia secara bijaksana dan berhemah.

“Saya tekankan komitmen Malaysia dalam memartabatkan Islam yang menekankan nilai kesederhanaan, toleransi dan keharmonian menerusi pendidikan, dakwah serta kerjasama antarabangsa,” katanya.

Sebagai tanda ukhuwah dan solidariti, beliau turut menyam­paikan sumbangan kepada komuniti Islam di Itali termasuk menye­rahkan senaskhah al-Quran edisi khas serta 10 naskhah terjemahan dalam bahasa Itali sebagai simbol penyebaran ilmu dan persaudaraan sejagat.

Lawatan kerja Anwar Ibrahim ke Itali turut menyaksikan beberapa pertemuan penting bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan pelaburan antara Malaysia dan Itali.

Dalam perkembangan ber­kai­tan, Anwar turut bertemu de­ngan pa­sukan penterjemah buku Asian Renaissance ke dalam bahasa Itali.

Jelasnya, inisiatif tersebut merupakan satu langkah pen­ting dalam mempererat jalinan intelektual antara Timur dan Barat serta memperluas kefahaman tentang gagasan Malaysia yang mengangkat pembangunan berasaskan nilai sejagat.

Lawatan Anwar ke Itali dijangka terus membuka ruang kerjasama pelbagai sektor antara kedua-dua negara, selain memperkukuh hubungan antara masyarakat Islam di peringkat antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN