Hujan lebat: Lebih 5,600 penduduk Korea Selatan dipindahkan

Hujan lebat: Lebih 5,600 penduduk Korea Selatan dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Hujan lebat luar biasa yang melanda Korea Selatan sejak Rabu meragut sekurang-kurangnya empat nyawa, dengan dua individu hilang dan memaksa lebih 5,600 penduduk dipindahkan, menurut laporan Agensi Berita Yonhap.

Wilayah Chungcheong Selatan dan bandar Gwangju merupakan kawasan paling teruk terjejas, dengan jumlah hujan melebihi 500 milimeter (mm) iaitu rekod tertinggi dalam tempoh 120 tahun.

Di Seosan sahaja, sebanyak 114.9mm hujan dicatatkan dalam tempoh satu jam.

Antara mangsa yang terkorban termasuk seorang lelaki yang lemas selepas keretanya dihanyutkan arus deras, seorang warga emas yang ditemukan mati di ruang bawah tanah rumahnya, dan seorang pemandu yang maut apabila kenderaannya dihempap tembok penahan yang runtuh.

Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung mengarahkan semua kementerian dan agensi berkaitan untuk menggerakkan segala sumber yang ada bagi melindungi nyawa serta harta benda rakyat.

Amaran cuaca dinaikkan ke tahap tertinggi, dan sistem tindak balas kecemasan negara sudah diaktifkan sepenuhnya.

Setakat ini, lebih 900 kes kerosakan harta awam dan persendirian dilaporkan, melibatkan jalan raya, ladang pertanian, dan bangunan.

Beberapa perkhidmatan pengangkutan seperti feri dan kereta api turut tergendala, manakala 247 buah sekolah ditutup atau beralih kepada pembelajaran dalam talian.

Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa turut menutup 29 sungai serta kawasan parkir tepi sungai di sekitar Seoul dan Incheon.

Jabatan Meteorologi Korea Selatan menjangkakan hujan berterusan sehingga Isnin, dengan risiko tinggi berlakunya banjir kilat dan tanah runtuh.

Penduduk juga dinasihatkan menjauhi kawasan cerun curam, sungai, dan ruang bawah tanah, terutamanya pada waktu malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×