Trump dakwa China langgar semua perjanjian perdagangan dengan AS

Trump dakwa China langgar semua perjanjian perdagangan dengan AS

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa China melanggar sepenuhnya perjanjian perdagangan yang dimeterai dengan AS hanya dua minggu selepas perjanjian tersebut dicapai.

Tindakan ini sekali gus mencetuskan kebimbangan perang perdagangan antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia itu akan terus menjejaskan ekonomi global.

“Saya membuat perjanjian pantas dengan China untuk selamatkan mereka daripada situasi yang saya jangka akan menjadi sangat buruk.

“Semua orang gembira, itulah berita baik. Berita buruknya ialah China sudah melanggar sepenuhnya perjanjian dengan AS,” tulis Trump dalam Truth Social.

Kenyataan Trump hadir selepas Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent berkata, rundingan perdagangan dengan China kini tergendala walaupun beliau menjangkakan perbincangan lanjut bersama pegawai China akan diadakan dalam masa terdekat.

Susulan itu, pasaran saham AS menunjukkan reaksi negatif. Dow Jones ditutup dengan kenaikan kecil sebanyak 0.13 peratus manakala indeks S&P 500 dan Nasdaq mencatatkan sedikit kerugian.

Perang perdagangan ini bermula hampir empat bulan lalu apabila Trump mengenakan tarif 10 peratus terhadap semua import dari China pada Februari menandakan permulaan pertikaian perdagangan yang kemudiannya memuncak pada musim bunga.

Kadar tarif dinaikkan kepada 20 peratus pada Mac sebelum Trump mengenakan tarif setinggi 145 peratus bag barangan dari China. Sebagai tindak balas, China pula mengenakan tarif 125 peratus untuk produk AS.

Satu gencatan tarif diumumkan 12 Mei dengan AS mengurangkan tarif kepada 30 peratus manakala China menurunkan tarif 10 peratus. Rumah Putih menyifatkan perjanjian itu sebagai bersejarah dan membuka laluan kepada perbincangan masa depan bagi akses pasaran eksport AS.

Namun, kenyataan Trump memberi isyarat ketidaktentuan perang perdagangan masih berterusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN