Referendum kewarganegaraan Itali diisytihar tidak sah

Referendum kewarganegaraan Itali diisytihar tidak sah

PENDUDUK berjalan melepasi poster kempen menyeru orang ramai untuk mengundi referendum kewarganegaraan di pusat bandar Rom, Itali.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Satu referendum di Itali mengenai kelonggaran peraturan kewarganegaraan dan peningkatan hak pekerja diisytiharkan tidak sah ekoran peratusan pengundian yang sangat rendah

Hanya sekitar 30 peratus pengundi mengambil bahagian dalam proses tersebut, jauh lebih rendah daripada ambang 50 peratus yang diperlukan untuk mengesahkan tinjauan yang bermula pada Ahad dan berlangsung hingga pukul 3 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Kertas undi mengandungi lima soalan mengenai isu-isu yang berbeza termasuk cadangan untuk mengurangkan tempoh masa yang diperlukan oleh seseorang individu untuk tinggal di Itali sebelum mereka boleh memohon kewarganegaraan daripada 10 tahun kepada lima tahun.

Referendum yang dimulakan oleh inisiatif rakyat itu awalnya disokong kumpulan masyarakat sivil dan kesatuan sekerja yang semuanya berkempen untuk undian ‘ya’. 

Keputusan yang menyaksikan kadar pengundian serendah 22 peratus di kawasan seperti Sicily dan Calabria memberi tamparan hebat kepada kumpulan tersebut. 

“Mencapai ambang 50 peratus sudah dijangka sukar lebih-lebih lagi kerana kerajaan Itali yang diterajui oleh Perdana Menteri sayap kanan, Giorgia Meloni kebanyakannya mengabaikan referendum ini atau secara aktif menggalakkan orang ramai untuk tidak mengundi.

“Tetapi 30 peratus jumlah keluar mengundi adalah angka yang sangat rendah, jauh di bawah jangkaan dan sasaran yang ditetapkan oleh penganjur,” kata pengasas syarikat tinjauan politik YouTrend, Lorenzo Pregliasco kepada SkyTG24 Itali.

Minggu lalu, Meloni mengumumkan beliau akan memboikot undian tersebut dengan menyatakan undang-undang kewarganegaraan Itali yang sedia ada sudah cukup cemerlang dan sangat terbuka. 

Beliau melawat pusat pengundian di Rom pada Ahad tetapi tidak membuang undi.

Namun, para aktivis berhujah tempoh menunggu selama 10 tahun untuk memohon kewarganegaraan adalah terlalu panjang dan mengurangkan syarat itu kepada lima tahun akan membawa Itali selaras dengan banyak negara Eropah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN