Mata terlalu sepet, sistem amaran kereta Xiaomi kesan pemandu tertidur

Mata terlalu sepet, sistem amaran kereta Xiaomi kesan pemandu tertidur

SEORANG lelaki berasa jengkel kerana sistem kereta pintarnya sering berbunyi berikutan bentuk matanya yang terlalu kecil. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZHEJIANG: Seorang pemilik kereta elektrik Xiaomi SU7 Max di China mendakwa sistem amaran keletihan pemandu dalam kenderaannya sering kali berbunyi tanpa sebab kerana bentuk matanya yang terlalu kecil.

Menurut laporan media tempatan, insiden itu dialami oleh seorang pemuda bernama Li dari wilayah Zhejiang, yang baru-baru ini membeli model Xiaomi SU7 Max, antara kereta elektrik (EV) paling berprestij di pasaran ketika ini, mampu memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam dalam hanya 2.78 saat.

Namun, kegembiraannya tidak bertahan lama apabila sistem keselamatan dalam kereta tersebut kerap mengeluarkan amaran bunyi dan mesej bertulis seperti ‘Sila fokus pada pemanduan’ dan ‘Perhatikan keselamatan’ setiap kali dia memandu, meskipun dia menegaskan matanya sentiasa tertumpu pada jalan raya.

“Saya cuba membuka mata saya seluas-luasnya, dan masa itu bunyi amaran tidak keluar. Tapi bila buka mata seperti biasa, bunyi amaran muncul semula,” kata Li dalam sebuah video yang tular di media sosial China.

Dalam klip video itu, dia turut mengadu sistem pengesan keletihan pemandu berbunyi lebih 20 kali dalam satu pemanduan singkat, sesuatu yang disifatkannya sangat menjengkelkan dan mengganggu tumpuan.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna lain yang mengaku turut mengalami situasi sama dengan kereta buatan China yang lain seperti jenama Lynk & Co, Deepal malah, beberapa pemilik Xiaomi SU7 turut memaklumkan mereka sudah pun mengemukakan aduan kepada pihak pengeluar berhubung masalah sama.

Xiaomi tampil memberikan penjelasan insiden tersebut berpunca daripada sistem pemantauan keletihan yang sememangnya dibina dalam SU7 disamping turut memaklumkan fungsi tersebut beroperasi menerusi kamera yang dipasang pada stereng dan bertujuan mengesan tahap tumpuan pemandu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN